Selasa, 22 September 2009

Hari Raya penuh barakah

Dengan kehadiran bulan Syawal,bermakna bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan telah kita tinggalkan.Tak pastilah sama ada tahun depan kita bertemu atau tidak dengan bulan Ramadan lagi.

Pada pagi Syawal ,selesai sahaja solat sunat Aidilfitri kami sekeluarga menziarahi ahli keluarga kedua -dua pihak,dan seperti sudah menjadi kewajipan bagi kami menziarahi ibu saudara yang tinggal di Alor Lintang.Satu-satunya ibu saudara sebelah mak yang masih ada.Tapi entah mengapa hubungan dengan sepupu-sepupu kurang ngam sejak setahun dua ni.Mungkin kerana msing -masing sudah berkeluarga.

Hari raya kedua,dalam perjalanan pulang ke rumah di Kota Bharu,kami mengambil kesempatan untuk menziarahi sepupu sebelah suami yang tinggal di Pasir Putih.

Dalam kesempatan ini,mengucapkan terima kasih kepada yang sudi bertandang ke rumah kami pada hari raya ketiga .Kepada yang tak sempat datang tu,datanglah bila-bila masa sementara kuih raya masih ada.

5 ulasan:

  1. selamat hari raya....masih mood raya ....dok atur ke rumah terbuka...

    BalasPadam
  2. mohon ampun sepuluh jari kerana tidak dapat bertandang ke rumah untie pada raya ke 3 kerana kesibukan sedara mara yang x putus2 singgah di rumah kami.. maklum rumah kami satu2nya persinggahan saudara mara setelah pemergian arwah atuk dan nenek.

    Apepun selamat hari raya dan maaf zahir dan batin..

    :)

    BalasPadam
  3. sonata anak kancil

    Selamat hari raya.walaupun dok atur ke rumah terbuka diet jangan lupa.


    shino.

    Maaf diterima.

    Datanglah lain kali jika sudi.No problem.Seronok jugak jika rumah kita menjadi tempat persinggahan saudara mara.Tentu sibuk melayan tetamu..

    BalasPadam
  4. ya.. slm..

    selamat hr raya juga... walau pon lewat seminggu tp masih dlm mood raya heh heh

    BalasPadam
  5. Mengapalah tak balik beraya di Kampong.Jangan melekat kat Kapit dahlah.Nanti merana pulak orang di Kelate ni.

    Payah betullah nak masuk blog Adham.

    BalasPadam