Selasa, 1 Februari 2011

Bekwoh

Rabu.......ye ke dah hari Rabu.La ingatkan baru hari Isnin.
Khamis......banyaknya bekwoh.Kelas betul orang Melayu Kelantan.Perkataan ni mungkin dari perkataan big work.Betulke tuan Munshi dewan,Tuan Haji Haron.

Dari kB ke Kuala Krai terus ke Felda Tenang di Besut,balik semula kenduri di KB.Berapa keping daging agaknya yang dikira dalam kadar selamat untuk dimakan.Bukan apa,darah o.k,glukus ok cuma satu yang agak k.o kolestrol.6.9!!!!

Jumaat.....ada 3 undangan.Pergi jelah kata hati.Minum air dan kueh je.Nasi tak payah.Masalahnya kueh-mueh penyumpang kepada kadar kolestrol.Tolong.......tak boleh pantang kueh.

Sabtu......juga ada 3 undangan.Mak oi.....ramainya orang yang buat kenduri pada 3,4 dan 5 Febuari.Mungkin mengambil berkat bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W



Seronok sebenarnya kalau kita memenuhi undangan orang ni.kadang-kadang kita terjumpa dengan sesaorang yang tak kita sangka dan dah berbelas atau mungkin berpuluh tahun tak kita temui.Di situ rupanya dia....

1 ulasan:

  1. Diorang ni ambik kesempatan cuti untuk buat kerja kawen.. slalonya yang untung ialah golongan pengajar a.k.a guru. dan pelajar itu sendiri.

    BalasPadam