Khamis, 3 Februari 2011

angan-angan,impian,cita-cita

Adakah semua itu membawa maksud yang sama?
OH..tidak,setiap satunya membawa makna yang berbeza.

semasa kita kecil kita selalu berangan-angan,semuanya indah belaka.Tapi pada masa tu kita tak pula berusaha untuk mencapai apa yang kita angan-angankan.Kalau tidurpun rasanya tersenyum memanjang.nasib baiklah tak berangan sampai ke tua.Nanti lain pulak jadinya.Takut pulak mati dalam angan-angan.Minta dijauhkan!!!

Apabila usia meningkat remaja kita mempunyai impian pulak.macam angan-angan jugak.Lebih kureng.Macam-macam yang kita impikan.Cuma tak pernah bermimpi nak jadi puteri raja.Kiranya berpijak di bumi jugaklah.

Kita nak jadi novelis ,nak jadi penyajak,nak jadi cikgu,nak jadi designer.Masa ni dah ada usaha ke arah itu.
Dah tulis sajak,hingga sekarangpun masih ada lagi.Apabila dibaca malu jugak pada diri sendiri,sebab semua yang dipandang menjadi ilham.Kuat sungguh daya imaginasi masa tu.Dah tulis skrip drama,( yang ni menyedihkan sikit.Kawan pinjam tak dipulangkannya.Agak panjang jugaklah skrip tu.

Dah pernah jadi cikgu(ala setakat ganti apabila cikgu tak ada dalam kelas,maka kita pun diamanahkan mengajar rakan-rakan yang lain, agaknya cikgu tu dah nampak bakat I kot....Ia ke)Kalau ada masa terluang lukis-lukis pulak fesyen baju.

Tapi semua itu hanya tinggal kenangan.Semuanya tak menjadi........Hasil karya hanya setakat dalam majalah sekolah dan sekali dua dalam majalah diskusi.Tapi itupun sudah membanggakan bagi diri sendiri.

Yang menjadi hanya apa yang dicita-citakan.

3 ulasan:

  1. buat Kak hazel...semua angan,impian dan cita berubah dan munkin di kira tak tercapai...but i am forever grateful.

    BalasPadam
  2. wahh hebat juga auntie ni..macam2 dah cuba. Pepun at least ada juga benda yang dibuat walaupun tak menjadi 100% pun..

    :)

    *ps: tulis skrip drama yang tak tahan tu.. huhu

    BalasPadam
  3. hazeleyed lady
    Janji hati puaskan..

    Encik shino
    He..he masa tu jiwa remaja...banyaklah angan=angannya.Anak-anak sorangpun tak suka menulis.

    BalasPadam