Isnin, 31 Januari 2011

Masihkah kau ingat

Seronoknya dapat meluangkan masa ke sekolah lama.

masih ada kawan lama,kerusi meja yang lama,susunan perabot yang masih sama dan keakraban yang tak boleh ditukar ganti.

Dalam nada getar suara rindu,masing-masing sibuk menyapa.Terasa seolah- olah baru semalam tahun 2007.

Masih ada lagi pelajar-pelajar yang ditinggalkan.Jika 2007 mereka di tingkatan satu bermakna kini mereka di tingkatan lima.

Kenangan mengusik jiwa.

Selama 11 tahun menyeberangi Jambatan Sultan Yahya yang kini begitu sesak! dan disesakkan lagi oleh pengguna-pengguna yang merasakan hanya mereka saja yang bayar road-tax.

Masih di situ lagi Datin Siti,UstazahAzlini,Kak Zah,kak Nab, Cikgu Marzuki dan lain-lain yang
begitu senang bekerjasama,boleh give and take.Boleh berlebih kurang.Amat terasa kehadiran mereka.

Andai masih ada sisa perjuangan,mahu rasanya kembali semula ke daerah yang sama.tapi apakan daya jarak yang hanya 10 km terasa seolah-olah 100km dek kerana kesesakan jalan raya dan ketidaksabaran manusia.

Apalah daya kita,
hanya pengguna jalan yang biasa.
Yang memandu kereta biasa dan yang akur dengan tata cara,
cuma yang luar biasa!!!!!!!!
kerana ingin mendidik anak bangsa agar menjadi bangsa yang merdeka jiwa dan raga.

2 ulasan:

  1. Syabass! dan Tahniah kerana Cikgu adalah golongan paling mulia disisi Allah s.w.t.

    err.. pasal laluan dekat jambatan tu memang seakan tak boleh nak diterima. Bila la kerajaan nak siapkan jambatan baru dan laluan yang selesa? Haih..

    BalasPadam
  2. Itula...macam tak masuk akal cara laluan tu dibuat.Terima ajalah Encik Shino.

    BalasPadam