Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat menyambut Hari Merdeka

Tahniah kepada kita semua kerana menyambut hari ulang tahun Kemerdekaan yang ke-52.Apa yang kita buat pada hari ini?.Rasanya ramai yang sambung balik tidur selepas sahur tadi.Kononnya untuk memenuhi hari cuti.Rugi betullah jika berfikir sebegitu.

Kami mengambil peluang ni untuk ke nurseri bunga di Pasir Hor.Membeli apa-apa yang patut.Sangatlah teringin nak beli kokok bunga Lantana yang telah dibonsaikan.Tapi apakan daya dek kerana tidak diambil masa mula-mula sampai tadi akhirnya pokok yang cantik tu telah diambil oleh orang lain.Betullah satu lirik lagu tu,jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.
Singgah di nurseri lain tak ada pulak pokok macam tu.

Sudahnya kami membeli pokok bunga orkid.Kegemaran yang tak pernah padam.Balik kami gubah sendiri buat orkid memanjat di sebatang kayu.Apabila siap kami senang hati.

Lepas tu fikir apalah pulak menu hari ini.Agaknya inilah menu ini hari.
1.Ayam masak asam
2.Sambal udang harimau
3.sayur campur
4.kuih kaya-buat sendiri tau.
5.Air putih suam dahlah.Emmmm sedapnya air suam.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Berkongsi rasa dan cerita.

Semalam Jumaat,dapatlah membantu seorang rakan menyempurnakan ceramah teknik menjawab di Maahad Muhammadi Al Fauziah di Rantau Panjang.Dek kerana beliau tak sanggup bercakap 4 jam tanpa henti maka dimintalah bantuan dariku. Dua jam seorang.

Rasa nak pengsan dibuatnya.Terlalu letih.Pukul 12.30 baru selesai.

Tapi ada satu cerita menarik yang dapat dikongsi apabila dok menunggu giliran nak buat ceramah.mendengar cerita daripada dua orang guru dari sekolah tersebut.Seorang guru lelaki yang mempunyai 8 orang anak di mana kesemua anaknya dijaga sendiri.Makan minum dijaga rapi,vitamin minda,hantar tuisyen semuanya diuruskan dan hubungan beliau dengan anaknya seperti rakan-rakan.Isterinya suri rumah tangga sepenuh masa dan tukang jahit yang berjaya( banyak tempahanlah agaknya ) Anak-anaknya berjaya dan mendengar kata.

Manakala seorang lagi,guru perempuan yang mempunyai 11 orang anak.Semua anaknya dia yang ambil tanggungjawab.hantar tuisyen dan lain-lain.kalau dia terpaksa ke tempat lain,anak-anaknya tak ke tuisyenlah jawabnya.Jika anak-anak buat perangai,si ayah tak bersuara.Jika si isteri menyuruh si ayah membuat teguran si ayah melenting dan marah-marah pada anak-anak.Bukan apa kata si isteri,marahkan anak kerana nak marahkan isteri.Pukul anak sindir menantu rupanya.

Memang ramai si ayah yang bersikap begini!!!,moralnya bagi yang nak menamatkan zaman bujang bersedia dulu dari semua segi.Biarlah agak lewat sedikit tapi matang dari segi pemikiran.

Rabu, 26 Ogos 2009

Menu apa hari ni??

Menu hari ini simple sahaja iaitu masak tomyam campur,ayam tiga rasa ,tembikai dan puding caremel.Cukuplah tu.Jangan makan lebih-lebih.Rempah tiga rasa tu dah ada yang sedia untuk dimasak.Sapa yang nak order lagi silalah ya.

Rasanya pasal lauk-pauk untuk berbuka ni kami tak kisah sangat.Ala kadar aje dan jarang sangat ke pasar Ramadan.Kalau pergipun hanya beli kuih.Itupun pilihan terakhir.

Tapi semalam dapatlah merasa satu jenis martabak.Biasanya kami beli martabak raja.malam tadi dapat merasa martabak Istanbul.Pemberian sesaorang.Terima kasih daun keladi....
Ingatkan rasanya sama,rupanya lain.Patutpun namanya lain.Sedap.....

Dugaan Ramadan

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.

Memang kita kena sentiasa ingat pesanan tu.Kerana sambut aja Ramadan Al-Mubarak dugaan telah datang.Hari pertama lagi papa budak-budak ni demam tak baik-baik.Doktor bagi Mc tapi tak nak ambik.Kononnya untuk mengekalkan rekod kerja tanpa mc.Bayangkan sepanjang papa bekerja tak pernah ambil MC.ho..ho.tahniah!

Setelah papa baik sedikit dari demam,mama pulak demam dan sakit-sakit badan.Tak tahu apa sebabnya.Nasib baik tak selsema.Kalau tak risau jugak.

Walaupun tak berapa sihat tapi sempatlah menyemak kertas-kertas peperiksaan pelajar.Lega rasanya.Prestasipun agak memberangsangkan terutama bagi pelajar tiga jujur.pelajar 3 Taat masih di takok lama.Hanya nasiblah agaknya yang menentukan.Tak ada perubahan langsung!!!!
Tak tahu dah apa yang harus dilakukan.Malas dah untuk fikirkannya.Sebab segala ajaran seolah-oleh masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

Habis tu apa jadi dengan prestasi sekolah?.sapa nak jawab ni......

Ahad, 16 Ogos 2009

Inilah pokok jambu kayu.Rendah aje.
Ranum di pokok.

Siap sedia untuk dibawa ke sekolah dan diagihkan kepada
jiran-jiran


Tengok buah-buahnya.Ada di setiap dahan!



Nampak botol tu?.Sebenarnya dalam botol tu ada ubat perangkap
lalat buah supaya lalat tersebut tidak merosakkan buah jambu.




Buah jambu klasik

Jika direnung pada gambar-gambar di bawah ini nanti tentu ramai yang tertanya-tanya di manakah tumbuhnya pokok ini.Ada yang menyangka tentu sekali pokok ini tumbuh di dalam dusun atau tak sengaja tumbuh kerana bijinya dibawa oleh haiwan.

sebenarnya sangkaan tu salah.Pokok jambu yang mempunyai pelbagai nama seperti jambu kayu,jambu epal dan lain-lain kami tanam khas di depan rumah kami dan mula berbuah pada tahun lepas.Tapi tahun ini buahnya sangat-sangatlah menjadi.Alhamdulillah,semoga tahun depan lebih-lebih lagi menjadinya.

Mungkin tahun depan dapat dikomersilkan dan dijadikan kordial pulak.Jambu ini sungguh sedap rasanya dibuat jus.Siapa nak rasa datanglah ke rumah.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Resepi hari ini

Ayam masak tempoyak.

Bahan
6 ketul ayam
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
6 biji cili padi
2 sudu tempoyak

Cara membuat.

1.Bawang merah,bawang putih dan cili padi ditumbuk.( Cili padi ditumbuk dengan tangkainya sekali untuk mengurangkan kepedasan)

2.Serai dititik

3.Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga bangkit baunya.masukkan serai.

4.Masukkan ayam.Setelah ayam hampir masak,masukkan sedikit air dan tempoyak.

5.Renihkan sehingga masak.Rasa garam serta gulanya secukup rasa.


Selamat memasak!!!!!

Khamis, 13 Ogos 2009

Ikan ! ikan

Nak dikatakan bulan mengambang,dah berlalupun.
Biasanya harga ikan agak mahal apabila bulan cerah,kata oranglah.Tapi petang tadi semasa pergi membeli barangan basah di Pasar Gok Kapor/Pasar cina,terkejut sangat.Ya Allah harga ikan mahal betul.Belumpun masuk bulan ramadan harga barangan dah pun meningkat.Bayangkan ikan tenggiri harganya hingga mencecah RM 25 perkilo.Ikan gelama yang kecik RM 10 dan ikan kembung yang biasanya hanya RM 10 berharga RM 12.

Bagi keluarga yang bilangan ahli keluarganya ramai,berapalah agaknya perbelanjaan bulanan mereka.kalau beginilah gayanya kadar kemiskinan di negara kita susah nak dikurangkan,apatah lagi nak dihapuskan.

Rabu, 12 Ogos 2009

Menu pra Ramadan

sebagai persediaan menyambut bulan yang mulia ini baiklak kita sediakan menu awal-awal agar kita taklah asyik dok bercerita tentang apa yang nak dimasak pada siang hari di bulan tersebut.nanti kurang pulak pahala puasa.

Dalam N3 ni nak berkongsilah satu resepi yang orang suka makan tapi tak berapa suka nak buat.Resepinya simple saja iaitu pencicah ikan bakar.Ikan tu apa-apa ikanpun boleh asalkan kita ada selera untuk memakannya.Ikan emas dalam akuariumpun boleh.

Pencicah/sos ikan bakar

Bahan-bahan;

Limau kasturi
bawang merah
belacan
cili padi dan cili besar
air asam jawa
garam

cara membuatnya
1.Bakar bawang merah,setelah masak hiris nipis-nipis
2.belacan dibakar
3.Kisar cili padi,cili besar,belacan,gula dan garam bersama-sama dengan perahan air limau nipis
dan air asam jawa.
4.setelah itu masukkan hirisan bawang dan juga hirisan kulit limau kasturi.


Sos ini lebih sedap dimakan jika disediakan lebih awal agar rasanya lebih sebati dan lebih sedap lagi jika menggunakan belacan Terengganu.banyakkan air limau kasturi berbanding air asam jawa.Jika tips ini diikuti,ketika kita makan nanti,mak mentua lalupun kita tak nampak.Apatah lagi jika dia lalu di belakang.Lebih tak nampak jika yang lalu tu yang belum jadi mak mentua.


Bagi yang bujang tu suruh mak sediakan sos ni banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk.Apabila nak makan keluarkan aja.

Selamat mencuba.....

Isnin, 3 Ogos 2009

Aku hanya semut merah

Aku orang kecil
Engkau orang besar
Engkau ibarat gajah
Aku hanya semut merah


Lirik lagu ni tiba-tiba bermain dalam kotak fikiran.Walaupun tema lagu ni berkisar tentang kemelut cinta dua darjat,tapi mungkin boleh digunakan dalam situasi yang aku hadapi tengah hari tadi.


Diminta berikan subjek KHB kepada orang lain dan aku ambil satu lagi kelas BM.Entah mengapa aku yang menjadi sasaran perubahan ini.kali ini darjah penerimaan terhadap perubahan jadual sudah sampai ke paras nilai sut.Nak ubah apa lagi,dah hampir akhir tahun.

Tapi aku hanyalah semut merah.Sedih sangat.........................................
?????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Ahad, 2 Ogos 2009

Satu pengalaman

Jumaat,jam 8.30 pagi bertolaklah kami 3 beranak ke Kuala Lumpur.ingatkan driver muda nak bawak kereta,rupa-rupanya mama yang kena pandu sendiri sehinggalah ke Gua Musang.Tak pernah lagi seumur hidup memandu sejauh itu.Kalau papa ada tentu sekali tak diberinya memandu.Tak berapa harap katanya.Driver muda tu tidur siap berdengkur lagi.Sampai di R & R barulah tukar driver.

Hari ni terpaksa cuti kerana tak sempat nak balik.Nasib baik tak balik pukul 2.00 pagi tadi.Kalau dibuatnya driver mengantuk tak ke haru.Petang tadi pun pandu sendiri dari Gua Musang ke KB.Rasanya lepas ni tak sanggup lagi,asyik dok ikut bontot lori yang dipandu macam semut,nak memotong,kereta berderet.Bayangkan dari Ketereh ke KB hampir 1 jam.

Apabila tonton berita baru tahu serius jugak perhimpunan haram pada hari Sabtu,kelmarin.Masa tu kami ada di kawasan sekitar Jalan TAR,tapi tak perasan pulak ada perhimpunan
haram.Mungkin takdir telah menentukan.Kalau terperangkap dalam kumpulan tu, tak semena-mena glamourlah pulak tiba-
tiba.Hari ni pun mungkin dah geger riuh,seorang guru terlibat dengan perhimpunan haram.....eee minta dijauhkan.

Rasa takut pulak apabila badan rasa seram sejuk macam nak demam.Bimbang kalau-kalau terpaksa dikuarantin.Ya Allah minta diselisihkan malaikat 44 kata orang.