Ahad, 7 Jun 2009

Kami balik ke KB malam tadi,sebaik sahaja majlis kenduri kahwin selesai.Apabila sampai di rumah rasa menyesalpun ada.kenapalah tak tunggu satu malam lagi untuk tolong-tolong Mi.

Balik aja di rumah banyak kerja-kerja lain menanti.kerja apa?ganti tidur!maklumlah dah dua malam tidur pukul 3 pagi,bangun 5 pagi.Kakakku yang sorang ni matanya tahan berjaga,dia boleh tak tidur malam dua hari berturut tanpa pening kepala.

Petang tadi anak-anak pergi belajar memandu.Belajar semula dari papa.Irfan ikut sekali.
Irfan tanya kenapa mama tak pergi?.
eee takut mama,nanti kak cik dan kak ma ke tengah,ke tepi,buat berdebar aja.
Mama nak buat apa di rumah?.
Alah.....Apa-apa aja.Baca majalah,baca blog dan tulis blog.

Ni dok tunggu mereka baliklah ni.Suspen nak tahu komen tester tak bertauliah( sapa lagi kalau bukan Irfan )

4 ulasan:

  1. Agak2 lulus ke tak? haha
    Takpun LULUS BERSYARAT.. hehe

    :D

    BalasPadam
  2. Shino

    Markahnya 3/10 untuk kedua-dua student.kena belajar lagi ni.Itulah dulu, dapat lesen tak terus bawak kereta.

    BalasPadam
  3. hehe 3/10??
    gagal la tu hahaha
    suruh mereka belajar naik kereta sorong dlu.

    :P

    BalasPadam
  4. Shino
    Petang tadi mereka gi belajar lagi.Dah naiK. peratusnya 5/10.Lulus bersyarat!.

    Rasanya kalau lebih lama lagi belajar,kereta sodokpun boleh bawak.

    BalasPadam