Ahad, 12 April 2009

Tertunai sudah sebuah janji

Alhamdulillah majlis yang dirancang sudah selesai.cuaca pada hari kelmarin sungguh baik dan ini mengizinkan para jemputan datang seawal jam 12tengahari.Kepada yang sudi hadir jazakallah hukhairan kasira diucapkan.

suspen!suspen!...staf pos Malaysia keliru,siap naik atas rumah lagi.Nak tengok.......ingatkan ada majlis apa-apa.Ya Allah sampai begitu sekali.Akhirnya secara nakal mereka mengucapkan selamat pengantin baru kepada kami berdua.Lucu tetapi benar.Tipah tertipu.Walhal dah diberitahu awal-awal majlis ni kenduri arwah.Sebelah malam kami mengadakan majlis tahlil.menunya sup gear box.Tapi tuan rumah tak sempat merasa.Tak apalah janji tetamu selamat menjamu selera.

Penat betul.pagi tadi terus ke sekolah.Ada majlis pelantikan pengawas PSS pulak.Ingatkan nak minta balik lepas tu,tapi tak tergamak.Rumah tak berkemas lagi....Semasa pulang dari sekolah jam 2.15 jempun kawan Pn Yati Mat Daud untuk tolong mengemas rumah.Puas hati.Ruang dapur tak dimop tetapi dibasuh terus macam baru naik rumah.Peti sejuk turut menjadi mangsa.
Tak pernah tengok peti sejuk mandi.TI..TI..rajin sungguh.Thank u Ti.Lain kali datanglah lagi ya!kita mandikan dapur pulak.Lepas tu kita sama-sama mandi.

Malamnya hantar puteri sulung ke airport.Kenapalah dua tiga ari ni flight asyik delay aje.Kena beli flight sendiri nampaknya.

Pukul 1.05 puteriku sms .Dia dah selamat sampai.Apa lagi N3 ni pun sampailah ke penghujungnya.tik !!tutup lampu.

2 ulasan:

  1. Tipah tertipu.. tu yg tak tahan tu.
    hehe ermm pepun meriah juga ye auntie,
    ramai je yang datang. Dah macam ala-ala
    kenduri kahwin. Sekali tengok memang sangat
    kompius..

    p/s: lain kali kena masuk pos laju,
    dijamin sampai esok :P hehe

    BalasPadam
  2. Shino-a ..a ada yang kata pra kenduri kawin.macam-macam ragamlah manusia ni.tu yang buat ada orang gelabah tu.hi...hi.

    BalasPadam