Ahad, 26 April 2009

saja-saja hilangkan tention

Kelas 3 jujur kerugian lagi hari ni angkara perhimpunan yang panjang sangat.Tak apalah,tak risau sangat dengan kelas ni.Mereka cepat tangkap dan buat apa yang kita kehendaki.Bermuala esok 27/4 hingga 30/4 terpaksa tinggalkan sekolah kerana bertugas dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mengingatkan tugas yang akan dipikul bermula esok,barulah rasa kelam-kabut.Maklumlah tak berkemas apa-apa lagi.Hari nipun balik 6 petang.Wah ..... dan lagi Ke Herba line di KB Mall.Buat Facial.Tengok kad rupanya dah hampir 2 bulan tak memanjakan diri di situ.Tak apalah jimat sikit duit.Dapatlah gi makan angin pulak.Dengar khabar 24 ogos nanti ada trip ke Ho Chi Minh.Ye ke?Jom kita pakat gi ramai-ramai.

Buat N3 ni bukan apa.Saja nak hilangkan tention nak memandu sorang diri esok pagi ke Kuala Terengganu.Antara benda-benda yang akan di bawa;
1.Kekacang
2.Air mineral
3.Gula-gula
4.CD.......
Bukan apa,semua tu untuk menghilangkan mengantuk drive sorang diri.Nak berhenti tepi jalan
pun takut jugak. Aduhai LPM kenapalah tak buat di Langkawi ke.KL ke.Dapatlah gi ngan flight.
Tak apalah....

Apabila nak ke KT esok ingat kenangan lama semasa mengajar di SM Padang Midin 1981-1990.
Rindu pulak kepada rakan-rakan lama,jiran-jiran dan pengasuh anak-anak.Kami pernah tinggal di Kampung Seberang Baroh,Kampung Tok Kaya,Kuarters Pos Malaysia Kuala Terengganu dan akhir sekali kami beli rumah di Taman Riny Padang Midin tahun 1989.
Semasa tinggal di kuarters Pos,anak baru sorang.Bilik ada lima.Takut tak terkata,lagipun kuarters tu bersebelahan dengan Bukit Puteri,berhampiran Pasar Payang.Tapi kami seronok tinggal di situ.Walaupun untuk sampai ke rumah kami tu terpaksa panjat 66 anak tangga dan kami hanya ada seorang jiran sahaja.

Nantilah apabila ada kelapangan nak jugak pergi ziarah teman-teman lama dan saudara mara sebelah mak mentua di Losong Panglima Perang(Kampung Cikgu Maizomlah tu)

Sudah-sudahlah tu..pergi berkemas.tidur awal-awal sikit.Besok jam 8 ke 9 ke bertolak ke KT.Tak apa check in kul 2.Sempat lagi singgah Kg Raja.Borak-borak sepatah dua kata.

7 ulasan:

  1. safe journey..drive carefully..

    BalasPadam
  2. tchersally
    Thank u.Jumpa di Family day nanti

    BalasPadam
  3. enjoy-enjoy lah kat KT. Jgn bimbang..Anak-anak SIC we all jaga..hehe....

    BalasPadam
  4. cikgu math

    jaga baik-baik ye anak jate kito tu.exps 3t

    BalasPadam
  5. Huihhh dasyatlah auntie nii..
    melancong je keje. Seronoknya.
    Nanti nak ikut gak bleh tak? hehe
    :)

    BalasPadam
  6. mr.mzn
    Thank u

    shino

    Bukan melancong.Kerja...kerja.Nak ikut?boleh kena isi form dulu.Nanti mama kat Alor Lintang tu jeles pulak.Keh..keh

    BalasPadam