Jumaat, 3 April 2009

Letihnya....fikiran

Hujung minggu ni amat membosankan.Mana taknya server down.nak baca newspaperpun tak dapat.

Bangun pagi tadi kepala rasa semacam.rupanya migrin datang kembali.Lepas subuh sambung layan balik mata hingga pukul 2.30 petang.barulah lega sikit.Agaknya kerana hari Khamis tu kehujanan semasa nak ke kelas.

Lepas tu tak tahu apa dah yang nak dilakukan .cuaca pun tak mengizinkan untuk meeting dengan jiran-jiran.kami ni selalulah jumpa2 di penjuru pagar petang-petang hari.Bukan apa tukar-tukar idea (ia ke tu....)kadang-kadang make colek.ump .....sedapnya.

Nak balik ke kg pun rasa penat sangat.banyak lagi perkara yang belum dibereskan menjelang minggu depan.Dalam kepala ni banyak benda yang datang silih berganti.Mengapa ya!!!.itu yang menyebabkan letihnya fikiran.

Ada orang kata jgn doh bubuh apa-apa dalam kepala apabila nak lelapkan mata.betulke.Rasanya kalau macam anak-anak kecil bolehkot.Mana dia ada apa-apa dalam fikiran,yang ada cuma nak mainan .Tabiklah pada Puan Norma sempatlagi shopping heli untuk anak lelakinya.ingatkan nak balik ke Malaysia dengan heli.Rupanya naik feri jugak....Sengget bahu nampaknya dok membimbit heli.

Itulah seorang ibu.kemana pergipun anak-anak sentiasa dalam ingatan.Anak-anak.......

3 ulasan: