Jumaat, 24 April 2009

Jumaat pagi-balik ke kampungBeris Baru dan Kampung Raja.Sebenarnya balik ke kedua-dua tempat ni ada sebabnya.Ke Kg Beris Baru kerana melawat mentua yang agak uzur dan juga menziarahi ibu saudara sebelah suami yang kena strook sejak Maulidur Rasul tempoh hari.umur mak long dah 96 tahun.Matanya masih terang dan pendengarannya masih jelas.Dia merupakan kakak sulung kepada bapa mentuaku.Ketika kami melawatnya jam 4 petang tanpa kami ketahui ada rombongan untuk menetapkan hari untuk kenduri cicitnya.Malu juga kami.Sebab kami datang tanpa diundang,jika kami tahu ada majlis tentu sekali kami akan tangguhkan dulu hajat kami untuk ziarahi mak long.Apapun dapatlah kami merasa ketupat sotong dan laksa.Sedap ketupat sotong yangdibuat oleh menantu Mak Long.!

Pukul 5.30 aku ziarahi pulak ibu saudara di Hospital Jerteh.Dah 8 hari dia dimasukkan ke wad kerana demam tetapi baru hari ini aku sempat menziarahinya.pendek kata hari Jumaat minggu ini aku dapat melangsaikan hutang-piutang untuk ziarah-menziarahi.

Pukul 7.30 dah sampai semula ke KB,dan 8.30 sempatlah ke KB Mall untuk melihat persembahan pelajar-pelajar SIC di sana.Not Bad.Terhiburlah jugak.Hasrul boleh pergi jauh dalam bidang ini.Persembahannya bersahaja.Janji dengan Irfan tertunai sudah.Lain kali jangan berjanji dengan dia.Kalau tak,dia asyik dok tanya hal yang sama.

5 ulasan:

  1. Eh eh, sibuknyer dia ... Tapi macam seronok jer. Bagus gitu.

    BalasPadam
  2. dah seminggu tak balik besut..
    rindu sangat kat anak2....waaa..waaa..

    BalasPadam
  3. liliII
    aa,sibuklah jugak dan buat-buat sibuk,hi...hi

    BalasPadam
  4. Dr.Azlina
    La..kenapa tak cakap nak kirim apa-apa kat anak-anak.Ciuman ke,bolehlah tolong bawakkan.Dok berdualah tu...ya!

    BalasPadam