Ahad, 19 April 2009

FIKIR ITU PELITA HATI

Kita tidak boleh hidup hanya mendengar kata hati semata-mata atau mengikut mengikut emosi yang entah betul entah tidak.kadang-kala kita perlukan pandangan ibu bapa dan rakan-rakan.Di sini pengorbanan perasaan diperlukan.Lebih-lebih lagi apabila sesuatu itu memerlukan kita membuat sesuatu keputusan.

Kita tidak boleh hidup dalam kenangan silam yang menyebabkan kita jadi statik sedang ruang dan peluang terbuka untuk kita. FIKIRKAN!!!!.Kita perlu ada anjakan paradigma dalam hidup.Bukan semua yang mendatang serupa dengan yang telah berlalu.

Sebenarnya orang yang hidup dalam kenangan masa silam adalah orang yang rugi dan membuang masa kerana masa tidak boleh diputar kembali.Allah maha Mengetahui akan segala sesuatu dan biasanya yang mendatang lebih baik dari apa yang telah berlalu.Percayalah.Tiada ibu bapa yang tidak inginkan kebahagiaan untuk anak-anaknya.Fikir-fikirkan.

Juga dalam menjalin sebuah perhubungan,masa amat diperlukan.Gunakan masa untuk memupuk sesuatu persahabatan.Bukakan ruang dan peluang!!!

11 ulasan:

  1. yes..betul tu K.Sue..let time heal the wound..yg lepas jgn d kenang..let bygone be bygone..dlm dok mengenang tak sudah2..yg sekarang akan berlalu pergi..hiduplah dlm reality semasa..

    BalasPadam
  2. tchersally
    -Tapi soalnya ada orang yang tak tahu nak kata macam mana...kena cari sapalah yang boleh menasihati.

    BalasPadam
  3. ..doa tulus seorang ibu adalah ikhtiar yang paling mustajab..InsyaAllah..

    BalasPadam
  4. Tchersally
    IsyaAllah .Doa sentiasa mengiringi segala tindakan.Thanks.

    BalasPadam
  5. heh, bak kata aizat fikirlah..
    tak berfikir itu mati

    BalasPadam
  6. pengalaman akan mendewasakan kita. jangan jadikan kegagalan lalu sebagai titik noktah dalam kehidupan kita. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.lastly jangan sia-siakan peluang yang ada kerana peluang yang terbaik mungkin sekali sahaja....

    BalasPadam
  7. PANDUAN MEMBUAT KEPUTUSAN.
    1. senaraikan kebaikan dan keburukan sesuatu pekara, kemudian analisis yang mana memberikan kelebihan.
    2. dapatkan pandangan dan nasihat dari orang yang kita pecayai (contohnya ibu, kawan baik...)
    3. Solat istikharah untuk mendapat petunjuk dari yang maha esa..
    4. buat keputusan sendiri.

    BalasPadam
  8. Dr.Azlina
    Terima kasih kerana memberikan panduan.Tapi soalnya ada orang keliru dan terlalu takut untuk membuat keputusan.Anyway just wait and see.

    BalasPadam
  9. Shino.
    Dalam tempoh berfikir ke ni.Tak apa,tak apa.Ada banyak masa....

    BalasPadam