Selasa, 14 April 2009

Erti sebuah persahabatan

Balik dari sekolah singgah rumah Cik Ti untuk melihat keadaannya yang begitu menyedihkan semalam.Jenazah anaknya selamat dikebumikan jam 11.00 malam tapi kami tak dapat turut serta kerana terlalu letih.Ketika dan saat-saat beginilah dia perlukan sokongan moral.

Harap rakan-rakan yang lain memahami keadaan ini dan kalau boleh sering menziarahi beliau.Aku kenal dia semasa aku menjadi pengerusi Puteri Pos dan dia antara ahli yang paling rajin dan pernah mendapat anugerah ahli paling aktif.

Melihat keadaan sahabatku itu mengingatkan aku peristiwa tahun 1998 di mana aku kehilangan bapa mentua dan bapa sendiri selang 28 hari sahaja.Allah yang maha mengetahui betapa gawatnya kami sekeluarga ketika itu.Pulang dari sekolah terus balik ke Besut,sesudah tahlil balik semula ke KB untuk bertugas keesokan harinya.

Berat badan turun 5 kg.Mengenang kembali saat-saat kehilangan orang yang tersayang amat menyiksakan,lebih-lebih lagi jika kehilangan itu secara mengejut.Kedua-dua arwah merupakan orang yang amat prihatin.Ketika aku bersalin anak pertama arwah bapa mentualah yang menjaga makan minum dan lampin baby, arwah yang cucikan.
Arwah ayah pula tidak akan menderma darah jika ada antara kami anak-anaknya yang akan bersalin kerana arwah bersiap-sedia jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.Arwah merupakan penderma darah yang setia.Semoga roh mereka berdua ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.AMIN.

8 ulasan:

  1. Kak Su, saya pun gitu gak. Mula2 ayah sendiri meninggal, genap jer 40 hari, ayah sedara pulak meninggal.

    BalasPadam
  2. huhuhu..alaaa..jangan laaa..topik ni syahdu...ni pon da berair mata nih...

    BalasPadam
  3. Shinrei-
    semakin lama kita kehilangan org yang tersayang,kehilangannya makin terasa,cuma kita kadang-kala berlakon untuk menghilangkan kesedihan kerana hidup mesti diteruskan.go...go.go

    tchersally-
    sampai bila-bilapun apabila kita terkenang akan mereka tersekat rasanya nyawa kita.

    BalasPadam
  4. bab kata pepatah omputih - life goes on..

    BalasPadam
  5. al fatihah..

    p/s:my fren also died in an accident last 3 days

    BalasPadam
  6. life goes on...
    hidup mesti diteruskan..tetapi kehilangan tetap kehilangan..pasti akan mengubah kehidupan asal kita, walau pun sedikit!

    BalasPadam
  7. saya pun kehilangan atuk dan nenek selang seminggu tahun 2007...

    sekarang dah takde atuk dan nenek..
    Dah takde istilah balik kampung dah.
    Sbb Tuhan lebih sayangkan mereka..

    BalasPadam
  8. TsUjUn-Takziah kepada family arwah.Takut mendengar berita accident.

    Zan-Apa-apapun anak-anak adalah harta yang tidak ternilai yang ditinggalkan.

    Shino-
    Sedih apabila dapat tahu kehilangan kedua-duanya dalam masa yang terlalu dekat.
    Tentu keadaan pada masa tu begitu haru sekali.

    Oleh itu berjasalah kepada yang masih ada.

    BalasPadam