Isnin, 6 April 2009

corat-coret sekitar kehidupan

Setelah dua tiga hari tak jumpa budak-budak tu kerana tak ada kelas mereka,maka masuklah aku dengan semangat yang berkobar-kobar.Beri salam.

Hanya separuh pelajar yang jawab.Yang lain ada yang dah tidur walaupun hari masih terlalu pagi(pukul 7.40).Aku hairan.Dalam hati sabar,sabar.

Kelas dimulakan.Hari ni topik langkah mengatasi kebanjiran pendatang tanpa izin ke Malaysia.Bla....bla.....bla...Ada yang tak beri tumpuan.Sabar.....

suruh ketua tingkatan pergi ambil buku yang telah siap disemak.Hati aku mula rasa tak senang sebab dah seminggu aku pendam rasa marahku kerana banyak kerja-kerja yang mereka tak bereskan.

Aku panggil nama mereka seorang demi seorang.Sebut kesalahan mereka.sabar lagi.Tapi....sabar itu ada hadnya.Debuk,debuk tanpa berfikir panjang tanganku telah hinggap ke belakang salah seorang dari mereka.( wajarkah seorang pelajar masih lagi berbual-bual/nyeye
ketika guru membetulkan kesalahan mereka) kalau tindakanku ini salah rasanya akulah orang pertama di sekolah ini akan kena tindakan.Hantar pelajar tu kepada Guru Disiplin.Cikgu Hanafiah.Tanya Cikgu Hanapiah,ada tak student tu pergi jumpa dia.Tak ada.Tungguuuu.
Akan adalah tindakan susulan.Dah tak boleh sabar dah dengan student yang sorangnya.(kalau sebut nama seantaro sekolah akan kenal)

Lepas itu apa...lagi siap beri warning! Plan A dan Plan B.Plan A buatlah apa awak suka,cikgu tak akan charo.Plan B siapkan kerja selewat-lewatnya jam 2.00 petang esok.Student boleh pilih nak plan A atau B atau C .Apa-apa saja.Demokrasi
(tapi lepas tu aku cool aje.sempat lagi bergurau dengan student yang lain)

kalau beginilah gayanya tak mungkin aku akan pencen pada usia 58 tahun.Buang masa mendidik orang yang tak nak didik.(ketika itu lebih baik duduk di rumah,berulang ke masjid dan kalau ada rezeki melayan cucu mungkin!!!

4 ulasan:

  1. Tak sangka betul cikgu Napi. Orang nye lemah lembut,pandai pula berjenaka..
    rupa-rupa cikgu disiplin??

    bak kata orang, air yang
    tenang jangan disangka tiada buaya.

    :P ngehehehe~

    BalasPadam
  2. Kalu tak charo ko budak2 tu... rasa bersalah pulak...
    Nak ngajar dia buat dono...
    Bagi cikgu... sabar-sabar-sabar...
    Abiey pun kadang2 naik tangan jugak...
    Kita didik dan ngajar bagai nak rak dia buat tak tau..

    adussss

    BalasPadam
  3. Zan-meme,sabor sokmo,kalu tak dah lama tukar kerjaya...Jadi chef mungkin.

    Shino-itu la.kecil jangan disangka anak.besar jgn disangka bapa.Dia tu guru disiplin yang disegani.Harga mahal.Fleksibel.

    Abiey-Cikgu ni ugut je lebih.Lepah tu sejuk!tu yang kadang-kala student ambil kesempatan tu.

    BalasPadam