Rabu, 8 April 2009

Apakah yang dicari dalam kehidupan ini.

Sesekali aku bangga jugak!!!.kenapa ya??.Sh.....

Anda pernah mendengar tentang perunding perkahwinankan.
Pun anda juga pernah dengar kaunselor perkahwinan.
Tapi jarang orang tidak ada sijil dalam bidang tersebut dipanggil untuk mengkaunselor orang.
Ini yang buat aku bangga ni.Tapi bukan bangga tak tentu pasal ok.

Dah lama aku tinggalkan jawatan tak rasmi ni.Masa di sekolah lama, akulah tempatnya adik-adik dan kakak-kakak sejabatan melentokkan kepala ,menghadap muka,mencurah rasa.Akulah tempatnya mereka mencurah rahsia,mencari ketenangan akibat gelodah di jiwa.
Aku sedia mendengarnya dan menyimpan kemas-kemas segala rahsia.( Ketika ini aku amat rindu akan saat-saat bersama mereka,hope mereka datang ke rumah pada 11.4.2009 nanti)

Setelah mendengar segalanya,akupun memainkan peranan,memberi nasihat,cadangan dan buah fikiran.
Aku akan rasa begitu lega,jika apa yang aku cadangkan diambil sebagai cara mengatasi segala pemasalahan dan masalah itu berjaya diselesaikan.

Ketika ini aku sedang tolong memberi jalan kepada satu problem yang agak kronik dalam ahli keluarga sendiri.(ipar-duai)Sebenarnya dalam kehidupan, masalah yang sedikit haruslah diselesaikan sebelum menjadi haru-biru,kuning hijau dan lain-lain colour.Cari orang yang boleh jadi orang tengah.yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Aku tertanya-tanya.....Dalam kehidupan apakah yang kita,dia dan mereka cari?????

Dalam kehidupanku,aku simple.Yangku cari keredhaan Ilahi.Keluarga yang bahgia dan anak-anak yang membahgiakan ibu bapa.

Cuma satu pesanan untuk diriku sendiri dan rakan-rakan.Jadilah seorang sahabat yang boleh dipercayai,yang boleh menyimpan rahsia dan tak menjadi batu api kerana oarang yang suka mengadu-domba adalah antara golongan yang tidak terlepas daripada siksa kubur.

4 ulasan:

  1. waghh perunding khidmat
    kekeluargaan? Tak ramai yg
    ada kelebihan ni..

    ermm lagikan lidah boleh tergigit.
    Inikan pula sedara mara..

    :)

    BalasPadam
  2. che ngah,last week i went bak to kok lanas,i tried call u but to no success, it went thru ur voice mail.mama asked me to visit u,unfortunately u tk pick up the call, so tkdk rejeki nk jumpa.

    BalasPadam
  3. Shino- ye ke tak ramai.bonuslah.Mahu perkhidmatan....dialu-alukan.free of charge.gurau aja.


    Shahida Shalaim-sorilah kakak,che ngah gi ke Pulau Batam time tu.Alahai tak dapat nak tengok
    cucu.Silap-silap haribulan dan nak dapat cucu menantu...he..he..

    BalasPadam
  4. now i know where to go..just in case..

    BalasPadam