Selasa, 31 Mac 2009

Lawatan penanda aras.

Setelah hampir 14 jam dalam perjalanan akhirnya kami sampai di JB.(Sakit abih badan)Jam 9 pagi bersiap untuk Ke Maktab Sultan Abu Bakar atau EC.Kami terlewat 1 jam sampai ke sana kerana tersesat.
Tak apa kerana kami masih bersemangat,maklumlah baru sampai.Galerinya cantik...(gambar-gambarnya akan dimuatkan dalam blog beberapa hari lagi,sabar ye....)bukan apa lupa pulak caranya....nak tambah imej

Lawatan kedua ke Sekolah Tun Fatimah.(STF)Ketika kami sampai ada guru-gurunya yang menyambut( 3 orang je..)Disebabnya kami tersesat tadi,jadinya agenda telah lari.Gurunya dah tarik muka semacam...Kami diberi taklimat yang agak panjang.Dah ada dah yang asyik setuju memanjang.Tiba sesi soal jawab.Aduh...panjang giler jawapannya.
Makanya.... makin ramailah yang landing..termasuklah.....kata Guru kanan teknik dan Vokasional,orang tanya hal durian bangkok yang menjawab cerita habih anak cucu cicit durian.Tak apalah cikgu Asri,PK STF terlalu terujalah tu...Jangan mare.

kami bertolak balik ke hotel jam 2.30 petang.hajat hati nak ke Singapura.Tapi tak kesampaian memandangkan sebelah malamnya kami ada dinner.Rugi jugak tak ikut wan Hasiah ke sana,kalau tak boleh jugak tengok tempat yang anakku pernah hilang selama beberapa jam pada tahun 1986.Panik tak terkata masa tu.

Jam 4.00 petang sempat jugak buat lawatan peribadi ke The Zone.Saja window shopping.Banyak lot-lot kedai di situ.Kedai menjual alkohol banyak sekali.Pukul 6 ptg dah balik semula ke Hotel Selesa.Malam Dinner nasi Beriani Gam .Enak sekali.Adalah orang menambah dua tiga kali.Dah tak diet ke?.Lepas tu terus balik ke hotel sebab pagi-pagi esok nak ke Pulau Batam.

2 ulasan:

  1. he...he sabarlah shinrei ya..nanti ibu sue masukkan gambar-gambarnya....jangan cemburu udah.

    BalasPadam