Jumaat, 20 Mac 2009

Diari lama

cuti-cuti sekolah begini tergerak pulak hati nak mengemas almari buku lalu terjumpalah diari lama yang penuh nostaljik.Banyak sajak-sajak yang jiwang-jiwang.maklumlah jumpa diari tahun 1980.lama betul .hampir 29 tahun.Di sini akan ku turunkan antara sajak Boleh ke dinamakan sajak.ni kena tanya Cikgu Hj.Zul ni(GK bahasa)

Andainya aku seorang penyair,
akanku karang lagu-lagu rindu dan resah ini
menjadi bait-bait puisi nan indah
untukku rangkaikan buat tatapanmu.
Dan andainya aku seorang sejarawan
akanku catatkan kenangan
menjadi tarikh-tarikh yang bersejarah dalam kehidupan.
dan aku hanya seorang insan
yang akan mengenang segala kenangan dan angan-angan
untuk menjadi kenyataan.

Aku rasa begitu sendu sekali apabila lihat catatan yang ku tulis pada 30 Januari 1980 kerana mengingatkan aku kepada sesaorang yang begitu memahami diri ini.First love.cinta monyet.Tak jadi sebab dia orang Sabahan.Masih sihatkah dia kala ini.Kami terputus hubungan kerana dia menarik diri setelah mengetahui aku aku akan jadi tunangan orang.Terima kasih kerana begitu memahami dan aku bersyukur dengan kehidupan sekarang.Betullah kata Pak Hamka"cinta yang datang dari pintu kasihan akan berkekalan".
Di sini ku catatkan namanya sekadar satu tribute untuknya.Harap di dah jadi somebody di Tuaran sekarang.ENCIK SAIRIN BIN SAMIN.
Kalau ada kelapangan nanti akanku tulis lagi sajak-sajak lama /catatan untuk mengembalikan jiwa mudaku.(Jiwa mesti rasa muda beb.Tapi penampilan biar selari ngan usia...he..he...)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan