Inilah rupa anak kami yang baharu ini Arief Irham b Suhabli.
Umurnya baru enam tahun tapi pandai betul mengambil hati.
Cuti sekolah baru-baru ini asyik ikut kami ke mana aja .
katanya; Ham nak jadi anak mama,nak tukar nama.( bodeklah tu)
mama kata; Boleh, tapi kena sekolah kat kota Bharu.
Katanya; Ham kalu gi Kota Bharu Ham tahu jalan nak gi rumah mama.
mama; Dalam hati.(pandai sungguh budak ni).patutlah sepupu-sepupu perempuan suka
akan dia terutama kak cik dan kakma.Boleh buat bantal peluk.
Satu hari kami bawak dia di makan-makan ikan celup tepung on the way ke rumah mak saudara di Dungun.Apabila waiter bawak pesanan,tanpa disuruh siap ambil pinggan dan letak ikan yang besarrr dalam pinggan dia.Pan..dai.. bawak diri.Siap oder sendiri air nyior satuu...Dalam pada itu tak lupa promote roti canai kedai ibunya.Roti canai ibu sedap...kalu mama nak makan Ham bagi free.(Memang selalu makan free pun, kedai adik sendiri.)Kadang-kadang bayar walaupun empunya kedai tak mahu ambil .
Mudah-mudahan perangainya yang elok berkekalan hingga besar nanti,pandai ambil hati .satu lagi permintaannya.Kalau sunat Ham nak sunat rumah mama,sebab dapat duit.Aik....ada tujuan rupa-rupanya.(sebab abangnya dulu bersunat di rumahku bersama-sama anak bungsu kami Irfan.)Adakan majlis.Orang datang,jadi dapat banyaklah duit.Itulah sebabnya dia nak bersunat di KB.No problem....Ibu dan pa nya pun tak kisah...
sekarang ni ade lagi ke budak2 sunat kat rumah??
BalasPadamerkk ngeri nye! :D
sunat kat kliniklah shino...
BalasPadamtapi lepas tu misi kat rumahlah yang kena.
misai(jururawat lelaki)tukang selia je....