Ahad, 1 Disember 2013

sekali lagi

Lamanya tak menulis.Mungkin esok akan bermula sekali lagi

Rabu, 28 Mac 2012

Alhamdulillah,akhirnya pasukan bahas SIC berjaya mewakili QIT kota ke pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat PPD.Tahniah buat semua YB.YB Omar,YB Fakhrudeen,YB Asyraf,Yb Zahid dan YB Akmal.

Selasa, 27 Mac 2012

Bahas,bahas

Setelah tertunda 2 kali tarikh persidangan,akhirnya esok 28 mac 2012 pembukaan parlimen akan diadakan di SMK kota jam 8.00 pagi
SIC akan diwakili oleh YB Omar,YB Fakrudeen,YB Noor Asyraf,YB Zahid dan YB Akmal.Bakal YB juga akan turut dibawa sama bagi memberi sokongan moral.
Harapan semoga usul yang kami bawa akan diterima atau di tolak mengikut peranan yang akan ditentukan esok sama ada kami di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang.
Yang pasti kami akan bersidang sebaik mungkin.Cuma satu ! pihak juri mestilah jangan menggunakan strategi tertentu bagi sesuatu tujuan.Jika ada yang berniat demikian, kami akan
selidik satu persatu sebab musababnya.Jangan kerana nak naikkan satu-satu pasukan,pasukan yang sedia ada nama disingkirkan.Tapi kami menaruh keyakinan akan kredibiliti para juri .
Jadikan kejayaan esok hari hadiah yang paling berharga buat ulang tahun kelahiran cikgu esok.

Khamis, 25 Ogos 2011

Ujian Ilahi


Mengapalah demam pulak pada akhir-akhir Ramadan.
Salah sendiri kot.
Kurang tidur.
Sebaran wabak selsema dari teman sebilik.
Anak-anak dara yang 2 orang tu pulak kata teruja nak pakai ph.... baru.
Taklah.
Cuma teruja nak tenguk warnanya....e....pink.
Walaupun dah berusia.Jiwa muda.
Suka warna pink.
Apa boleh buat.Dah cita rasa sendiri.

Haih....dok tunggu pu3 Azie wak kelik hari Jumaat ni.
Rasanya ada orang akan dengki.
Siapa tu....
Orang dari bilik warna kuning oren.

Sabtu, 30 Julai 2011

Ahlan Wasahlan

Ahlan wasahlan Ramadan Al-Mubarak.

Alhamdulillah semoga sempat menyempurnakan bulan yang penuh keberkatan ini.Berazam dengan bersungguh-sungguh untuk khatam Al-Quran,sunat terawih dan memperbanyakkan sedekah.

Alangkah enaknya jika berpuasa dalam musim cuti.Kurang sikit agaknya dosa-dosa kerana terpaksa mendengar apa-apa yang tak enak didengar,dan terpaksa memendamkan sedikit sebanyak jika ada kemarahan pada student.

Tahniah buat sesiapa yang akan membayar zakat fitrah tahun ini.Terutama yang dah bertambah ahli keluarga kerana menyambut orang baru dalam keluarga. ( En Shino.Tahniah!)

Ahad, 22 Mei 2011

Semakin dekat

Mengenangkan tarikh 27 Mei semakin dekat,semakin bercelaru rasanya.
Bukan apa yang mana satu yang hendak dipenuhi.Majlis nikah di KL atau di KB.
Kena timbang menggunakan penimbang yang betul-betul tepat garis penimbangnya

Akhirnya buat keputusan begini.Bertolak ke majlis NorAtiah pada sebelah malam selepas akad nikah Nuruhailah di KB.Walaupun terlepas majlis penting anak saudara sendiri tapi masih berpeluang menghadiri majlis di Putrajaya pada 28 Mei.Sorry.

Majlis nikah angah kena pergi mengenangkan arwah Hajjah Wan Yah yang telah mengamanahkan banyak perkara untuk majlis tersebut.Sedih.......sangat.Tak dapat memenuhi apa yang dihajatkan sebab bertembung dengan majlis kakak atia.

Harap semua memahami kedudukan dan situasi.
ditelan mati emak diluah mati bapak.

Tak sempat menyumbang apa-apa untuk majlis di KL sebab semuanya ada Vendor.Untuk majlis di KB sempat menyiapkan 100 ranting bunga telur.

Selasa, 19 April 2011