Selasa, 31 Mac 2009

Lawatan penanda aras.

Setelah hampir 14 jam dalam perjalanan akhirnya kami sampai di JB.(Sakit abih badan)Jam 9 pagi bersiap untuk Ke Maktab Sultan Abu Bakar atau EC.Kami terlewat 1 jam sampai ke sana kerana tersesat.
Tak apa kerana kami masih bersemangat,maklumlah baru sampai.Galerinya cantik...(gambar-gambarnya akan dimuatkan dalam blog beberapa hari lagi,sabar ye....)bukan apa lupa pulak caranya....nak tambah imej

Lawatan kedua ke Sekolah Tun Fatimah.(STF)Ketika kami sampai ada guru-gurunya yang menyambut( 3 orang je..)Disebabnya kami tersesat tadi,jadinya agenda telah lari.Gurunya dah tarik muka semacam...Kami diberi taklimat yang agak panjang.Dah ada dah yang asyik setuju memanjang.Tiba sesi soal jawab.Aduh...panjang giler jawapannya.
Makanya.... makin ramailah yang landing..termasuklah.....kata Guru kanan teknik dan Vokasional,orang tanya hal durian bangkok yang menjawab cerita habih anak cucu cicit durian.Tak apalah cikgu Asri,PK STF terlalu terujalah tu...Jangan mare.

kami bertolak balik ke hotel jam 2.30 petang.hajat hati nak ke Singapura.Tapi tak kesampaian memandangkan sebelah malamnya kami ada dinner.Rugi jugak tak ikut wan Hasiah ke sana,kalau tak boleh jugak tengok tempat yang anakku pernah hilang selama beberapa jam pada tahun 1986.Panik tak terkata masa tu.

Jam 4.00 petang sempat jugak buat lawatan peribadi ke The Zone.Saja window shopping.Banyak lot-lot kedai di situ.Kedai menjual alkohol banyak sekali.Pukul 6 ptg dah balik semula ke Hotel Selesa.Malam Dinner nasi Beriani Gam .Enak sekali.Adalah orang menambah dua tiga kali.Dah tak diet ke?.Lepas tu terus balik ke hotel sebab pagi-pagi esok nak ke Pulau Batam.

Rabu, 25 Mac 2009

kalut,sibuk,serabut

Hari ni cikgu,cikgi kalut semacam...pukul 11.00 dah bersiap nak balik.mana taknya.guru lelaki dah berkemas kot sebelum berangkat ke JB jam 5.00 petang ni.

Guru wanita bila ditanya ramai lagi yang belum packing baju dan barangan lain yang nak dibawa termasuklah myself coz malam tadi keluar ke KB Mall.Nak cari bekalan makanan untuk ditinggalkan pada Irfan dan papanya dan juga untuk aku bawa.

Tapi yang sweetnya dapat hadiah jam..Tak suspenlah sebab dah dibawa sekali ke kedai.Tak apalah.Kan papa Irfan tak ada ciri-ciri nak buat suspen tak macam anak-anak.Apa-apapun thank U.Pakai sekaranglah ya walaupun tarikhnya 2 harilagi.Makin tua.......Opp silap makin ....

Jam 2.00 mulalah sibuk kemas rumah, dan masukkan pakaian dalam begdan jangan lupa paspot.itu pesanan pengerusi KGKT.sempat lagi buka internet,baca newspaper.Lepas tu sayonaya .....Kelantan buat 4 hari aja.

Ah....lega....

Akhirnya...kini pasti ...ku merasai cinta nan suci(Lagu kak nita)Bukannya apa tapi happy sebab kerja-kerja menaip data maklumat pelajar dah siap.Pen s/u pun turut sama tolong. tank kayu en zu.zurpan.
Yahoo lega......erkkk.sendawa dibuatnya
Balik ke rumah apa lagi,layan jelah mata.tiba-tiba jam 5.00 ptg ada pos laju hantar barang.mamat mana yang hantar ni.Nama lelaki....buka-buka ada innershine pati prune.aik sapa hantar.
Pening sebentar..dari Kulim.Call fifi.Rupa-rupanya nak buat surprise......tapi kantoi sebab kad lupa nak pos sekali.ha...ha.Tak apalah.Nak suruh mama mata terang ke minum pati prune tu.
Apa-apa pun thank uuuuu.
I lub u my daughter yang tik tah,tik tah tu.

Selasa, 24 Mac 2009

cikgu ke...kerani

Dah dua hari aku dok menaip data maklumat pelajar form 1.Maklumat tu kena hantar ke JPN.Tarikh JPN nak 15 mac tapi sampai ke tangan aku 22 Mac.Apa ke hal??

Maka menaiplah aku setelah dapatkan maklumat dari pada form teacher.Tapi tau ajalah aku ni bukannya pandai sangat bab-bab komputer ni.Setakat word,table tahulah.tapi excel habok pun tarak.Nasib baik ada ustaz zahari dan ustazah mazuraini buat borang.aku cuma isi saja.Thanks .

Dalam hati tertanya-tanya jugak perlukah cikgu-cikgu yang buat ini semua.Dulu,dulu ,kerja-kerja macam ini keranilah yang buat.Dunia pendidikan semakin haru ....

Isnin, 23 Mac 2009

ANAK BAHARU











Inilah rupa anak kami yang baharu ini Arief Irham b Suhabli.
Umurnya baru enam tahun tapi pandai betul mengambil hati.
Cuti sekolah baru-baru ini asyik ikut kami ke mana aja .
katanya; Ham nak jadi anak mama,nak tukar nama.( bodeklah tu)
mama kata; Boleh, tapi kena sekolah kat kota Bharu.
Katanya; Ham kalu gi Kota Bharu Ham tahu jalan nak gi rumah mama.
mama; Dalam hati.(pandai sungguh budak ni).patutlah sepupu-sepupu perempuan suka
akan dia terutama kak cik dan kakma.Boleh buat bantal peluk.
Satu hari kami bawak dia di makan-makan ikan celup tepung on the way ke rumah mak saudara di Dungun.Apabila waiter bawak pesanan,tanpa disuruh siap ambil pinggan dan letak ikan yang besarrr dalam pinggan dia.Pan..dai.. bawak diri.Siap oder sendiri air nyior satuu...Dalam pada itu tak lupa promote roti canai kedai ibunya.Roti canai ibu sedap...kalu mama nak makan Ham bagi free.(Memang selalu makan free pun, kedai adik sendiri.)Kadang-kadang bayar walaupun empunya kedai tak mahu ambil .
Mudah-mudahan perangainya yang elok berkekalan hingga besar nanti,pandai ambil hati .satu lagi permintaannya.Kalau sunat Ham nak sunat rumah mama,sebab dapat duit.Aik....ada tujuan rupa-rupanya.(sebab abangnya dulu bersunat di rumahku bersama-sama anak bungsu kami Irfan.)Adakan majlis.Orang datang,jadi dapat banyaklah duit.Itulah sebabnya dia nak bersunat di KB.No problem....Ibu dan pa nya pun tak kisah...

Ahad, 22 Mac 2009

kolesterol

Hari pertama sekolah setelah bercuti selama seminggu.
Pagi-pagi lagi dah ke kantin.Tengok ada nasi.aku memang tak biasa makan nasi pagi-pagi hari,lantas makan ajelah benda lain.tapi...bila masuk ke kelas 3 jujur pukul 8.25 pagi tak semena-mena perut memulas.3 kali aku terpaksa berulang-alik ke tandas .eee malunya kepada cikgu-cikgu sebelah.asyik lintas kelas dia je..cikgu ponteng ke???
Hari ini perbincangan hebat di kantin jam 12 tengah hari.( aku terpaksa pergi sekali lagi ke kantin sebab tadi sombong sangat dengan nasi)Perkongsian ilmu bersama-sama dengan cikgu Hasnah,Wan Hasiah dan Koriah (Semuanya cikgu sains) sertaHaizan(cikgu PA).Kami bercakap tentang kolestrol.Kata Wan Hasiah kita tak esok minum susu pekat manis,sebab susu tu hanya minyak sawit.elok minum susu tepung,koriah pulak kata tak sedap,Hasnah kata baru-baru ni dia beli satu peti susu pekat manis( tu dia.... banyaknya.anak ramai ke.)Aku pulak kata hanya minum susu tepung ketika dalam pantang.Haizan no komen.
Lepas tu macam-macamlah kami bincang pasal kolesterol.Akupun gunalah ilmu aku masa mengajar bab pemakanan semasa ajar KHB elektif ekonomi rumah tangga.Bla..Bla...termasuklah bab pisang.Haizan kata baru ni dia beli pisang jenis montel.Aku rasa nak ketawa jugak sebab pisang montel yang aku beli taklah montel sangat.Tak macam pisang montel yang diekspot ke Arab Saudi.Aku kata pisang good untuk wanita sebab banyak potesium.Dapat menyembuh luka-luka dan bina sel baru.Ye ke.. ( betul,....)sebab aku baca satu artikel.Dulu apabila bomoh patah suruh makan pisang,hati aku berkata ini karut sebab orang tua-tua kata takut bentan sebab pisang tu sejuk.Rupa-rupanya bomoh patah bijak jugak kaitkan ilmu pebomohan dengan ilmu sains.
Perbincangan tak terhenti di situ.W.Hasiah nasihatkan guna minyak masak sekali sahaja,lepas tu buang.Aku kata sebab tulah tak elok makan pisang goreng sebab tukang jual pisang goreng tu guna minyak yang dah hampir warna hitam.Kita boikot pisang goreng macam tu tapi goreng pisang tak apa (Hukum DM)
Tapi yang aku nak ketawanya bila balik ke rumah,bukalah blog sinro hari ini,dia tulis pasal pisang...Aik.....kebetulan.Apa hal..
Terima kasih kawan-kawan kerana perkongsian ilmu.

Sabtu, 21 Mac 2009

Bakal jutawan

Pada minggu depan,,lebih tepat lagi pada 28 mac akan berlakulah sesuatu yang.............

@Banyak guru-guru akan bergelar jutawan.terutama guru-guru dari Kelantan,dari sekolah
SIC.Sebab mereka akan ke......

@Big day for me.Genap umur,tapi yang sedihnya terpaksa meraikannya sorang diri di Batam.
Tahun 2005 dulu husband hantar jambangan bunga ke sekolah.geger satu sekolah.Bangga
jugaklah tu....Tapi tak boleh lupa tahun 1998 ,meraikan hari tersebut di Tanah Suci
Mekah,kerana dijemput oleh Allah menjadi tetamunya mengerjakan Ibadah Haji.
Alhamdulillah.

@ kita mesti padamkan lapu selama satu jam.Dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 mlm
sebagai sokongan kepada kempen kurangkan kepanasan bumi??

Jumaat, 20 Mac 2009

Diari lama

cuti-cuti sekolah begini tergerak pulak hati nak mengemas almari buku lalu terjumpalah diari lama yang penuh nostaljik.Banyak sajak-sajak yang jiwang-jiwang.maklumlah jumpa diari tahun 1980.lama betul .hampir 29 tahun.Di sini akan ku turunkan antara sajak Boleh ke dinamakan sajak.ni kena tanya Cikgu Hj.Zul ni(GK bahasa)

Andainya aku seorang penyair,
akanku karang lagu-lagu rindu dan resah ini
menjadi bait-bait puisi nan indah
untukku rangkaikan buat tatapanmu.
Dan andainya aku seorang sejarawan
akanku catatkan kenangan
menjadi tarikh-tarikh yang bersejarah dalam kehidupan.
dan aku hanya seorang insan
yang akan mengenang segala kenangan dan angan-angan
untuk menjadi kenyataan.

Aku rasa begitu sendu sekali apabila lihat catatan yang ku tulis pada 30 Januari 1980 kerana mengingatkan aku kepada sesaorang yang begitu memahami diri ini.First love.cinta monyet.Tak jadi sebab dia orang Sabahan.Masih sihatkah dia kala ini.Kami terputus hubungan kerana dia menarik diri setelah mengetahui aku aku akan jadi tunangan orang.Terima kasih kerana begitu memahami dan aku bersyukur dengan kehidupan sekarang.Betullah kata Pak Hamka"cinta yang datang dari pintu kasihan akan berkekalan".
Di sini ku catatkan namanya sekadar satu tribute untuknya.Harap di dah jadi somebody di Tuaran sekarang.ENCIK SAIRIN BIN SAMIN.
Kalau ada kelapangan nanti akanku tulis lagi sajak-sajak lama /catatan untuk mengembalikan jiwa mudaku.(Jiwa mesti rasa muda beb.Tapi penampilan biar selari ngan usia...he..he...)


Rabu, 18 Mac 2009

Alhamdulillah;
1. PTK dah selesai jawab.Result ??????
2.Kawan sakit dah pergi ziarah.
3.Kenduri cuma tinggal satu je lagi
4.Yahuuuu dapat balik kampung.Dan lagilah tu ...nak bergosip tentang............adik aku yang
sorang tu.......Katanya dah kawin lagi sa .....dot.dot.dot....entahlah.

Selasa, 17 Mac 2009

Aduhai PTK!

Sekarang tengah berdebar-debar;
1.keluar tak soalan yang berkaitan dengan apa yang telah aku baca ( tengok tv pun pegang
buku.kalah budak-dudak sekolah.pegang aja.ambik aura)
2.Agak-agaknya boleh 4/4 tak kali ini.( Pakat doalah agar dapat.Janganlah asyik dapat 3/3
memanjang)
3.Senjata apalah yang nak dibawa esok.

Sabtu, 14 Mac 2009

cuti dah bermula.

fuh......lega rasanya.Kerja-kerja yang berkaitan ujian Februari dah beres.
Jumaat.Hari pertama cuti sekolah tapi aku masih tak dapat bercuti lagi sebab ada extra class.8.00 hingga 11.30 pagi
Sabtu.Dapatlah tidur balik lepas subuh.Sekejap aja.saja nak relek-relek dan golek-golek.

Cuti ni banyak sungguh undangan perkahwinan.14.Mac ada 3 undangan 15Mac ada 3 undangan,17 Mac ada 1 undangan dan 19 Mac ada 1 undangan.InsyAllah semua undangan akan dipenuhi.Tapi permintaan anak-anak untuk ke air terjun terpaksa KIV dulu.Why ?? coz ptk tak lepas lagi.Dalam hati tertanya-tanya mengapa result ptk aku ni sama aje.Kalau baca buku result 3 ,tak baca buku pun 3 jugak.Jadi nak buat macam mana ya? kalu golek buah dadu agak-agaknya menjadi kot.Anyway semangat nak ambil periksa tak pernah luntur.

Khamis, 5 Mac 2009

Pelajar zaman ini

Khamis-Awal pagi datang seorang pelajar 3 Jujur nak tengok paper BM.
Baru ezam semalam.(dia lewat exam sebab naik campak.)
Dah tahu dah perangai student yang sorang ni....
Student X ;Cikgu dah semak kertas saya...
Myself :Belum lagi,nanti cikgu semak kejap.(Terus ambil skrip student tu dan terus semak)
Kenapa intro awak ni panjang sangat.Intro tak perlu panjang nanti ke lain pulak
maksudnya.(memang ke lainpun.Sedikit menyimpang.)
Student X; cikgu ni....panjangkan elok,kembangkan isi.cikgu ni panjangpun tak boleh.
Myself :(dalam hati sabar-sabar) .Isi bolehlah panjang tapi intro tak bolehlah terlalu
panjang.sekadar memperkenalkan tajuk sahaja.(Terus memeriksa dan berikan
markah.Potong 1/2 markah untuk kesalahan ejaan.)
Student X:alah cikgu ni setengah markahpun nak berkira.
Myself :Diam.
Dalam hati eh..eh pelajar sekarang.tak tahu adap menghadap guru.

Khamis- 11.25 pagi..Minta pelajar 3 Taat ke padang SIC untuk melawat tapak pesta sukan rakyat.Siap beritahu pelajar lagi.Gilah tengok pameran.(Sesetengah pelajar dah pergipun.)awak bawalah apa-apa kertas yang boleh digunakan oleh Dr Faiz untuk beliau sain
outograf.Pelajar tu siap tanya lagi...........???????.Cikgu,,gewe dio mari dok!.Ya Allah anak muridku...........

Advance,advance.